Friday, April 16, 2010

BN ikut kehendak rakyat

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my



KETUA Penerangan MIC, P. Kamalanathan dikelilingi penyokong setelah diumumkan sebagai calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor di Bukit Sentosa, Hulu Selangor, semalam.

Biarpun sebelum ini begitu kuat sekali para pemimpin UMNO Hulu Selangor melobi supaya pucuk pimpinan UMNO memilih sesiapa sahaja dikalangan UMNO Bahagian HUlu Selangor diletakkan sebagai calon BN untuk merampas kembali kawasan parlimen itu, namun pucuk pimpinan BN tetap menafikan permintaan dari akar umbi UMNO untuk melantik calun Melayu.


Sebaliknya dengan kuasa yang ada padanya yang tidak boleh dicabar oleh sesiapa pun sebagai pemimpin nombor satu UMNO, sebagai Presiden UMNO, Najib telah menyalahgunakan kedudukan dan kuasa yang ada padanya untuk menunjukkan kepada semua orang yang beliau amat berkuasa untuk memilih sesiapa sahaja sebagai calun BN. Selaras dengan itu beliau telah memilih P. Kamalanathan, dari MIC sebagai calon BN.


Inilah hebatnya Najib, hebatnya BN yang dengan bannganya mengistiharkan bahawa BN IKUT KEHENDAK RAKYAT, tetapi itulah hakikatnya, kehendak rakyat sentiasa dinafikan, rakyat sentiasa didahulukan jadi mangsa kerakusan politik pempin-pemimpin BN, hinggakan kehendak pemimpin-pemimpin UMNO peringkat bahagian pun boleh dinafikan apatah lagi setakat ahli-ahli UMNO cawangan dan ahli-ahli biasa UMNO langsung tidak bernilai, langsung tidak berharga, bagaikan melukut ditepi gantang. Adapun tidak memberi sebarang erti, sebarang makna, tak adapun tak apa.


Itulah pandangan dan layanan pucuk pimpinan UMno hari ini terhadap para pendokong UM-No sendiri. Mungkin beliau lupa ahli-ahli UMNO sudah sedar yang selama ini, kini dan selama-lamanya hanyalah jadi alat yang diperalatkan untuk kepentingan golongan ningrat UMNO, putera-putera UMNO.


Orang Mohd Taib boikot ?

Friday, 23 April 2010 11:55 AM Oleh Masdar Wahid (Emel penulis ini)

KUALA LUMPUR : Sejauhmana sokongan ahli Umno terhadap calon MIC, P. Kamalanatahan di Hulu Selangor?

Walaupun pengundian hanya berbaki kurang dari tiga hari, bibit-bibit perpecahan Umno-BN di Hulu Selangor kekal wujud.


Terbaru, penyokong tegar Muhammad Taib, calon yang sebelum ini disokong oleh akar umbi untuk dicalonkan secara terbuka memboikot jentera dan bilik-bilik gerakan sempena Pilihan raya Kecil ini.


Pengikut setia itu yang juga kenalan rapat erapakatan.com mendedahkan bahawa dari awal lagi mereka enggan turun berkempen untuk calon MIC itu kerana ia jelas menolak kata-kata Najib Razak sendiri.


Menurutnya, Najib sebelum penamaan calon menegaskan akan memilih calon berdasarkan denyut nadi rakyat, tetapi hasilnya calon pertengahan, P. Kamalanathan dipilih untuk mewakili BN, walaupun jelas ia langsung tidak dikenali oleh pengundi di kawasan itu.


“Sebenarnya ada lima calon yang dikemukakan di Putrajaya untuk dipilih oleh pucuk pimpinan BN, di mana empat daripadanya adalah Melayu dan seorang lagi dari MIC.


Tetapi mereka tetap memilih MIC walaupun jelas majoriti ahli Umno mahu calon kami diletakkan.


Antaranya ialah Tan Sri Mohd Taib. Kalau tak pilih Tan Sri Mohd Taib pun tak apa, yang pentingnya calun itu mestilah dari UMNO” katanya.


Sehubungan itu, katanya, mereka mengambil keputusan untuk memboikot PRK ini yang hampir keseluruhan bilik gerakan didominasi oleh orang kuat bekas Menteri Besar Umno itu.


Dengan baki kempen kurang dari 36 jam, jentera BN dalam PRK kali ini nampaknya kian tertekan dengan perkembangan itu termasuklah terpaksa menjemput kedatangan Tun Dr. Mahathir yang sebelum ini berjanji enggan turut berkempen yang dipercayai ada kaitan dengan kalungan selipar terhadapnya oleh perwakilan MIC tahun lalu.


No comments:

Post a Comment